Tuesday, 27 November 2012

akhirnya dapat lesen daAAA!!!!!

 
 
 
 
hai haluuuuu.. kini tora datang lagi dengan permainan yg lebih mencabar ! Itu tora. Yang nie Nadwa ! haha ! Alhamdulilah, syukur dipanjatkan buat Allah yg telah memberi satu lagi kebahagiaan buat saya. Alhamdulilah.. pada tanggal 20 November, saya telah berjaya menggenggam stereng kereta dan handel motor dengan comelnya, dan seterusnya membuatkan abang2 JPJ tersenyum, lalu memberi markah yg tinggi buat saya ! :D comel kan ? haha.. 
 
 
 
Setelah pelbagai cabaran , terpaksa bangun awal tiap2 pagi, sakit perut (sebb takut) tiap2 pagi, tak sarapan, takde masa nk berFB sangat, akhirnya saya berjaya juga bergelar graduan kelas memandu yg cemerlang ! haha ! 
 
 
 
 
Thanksgiving to mama, abang yg kadang2 meluangkan masa di petang2 hari untuk mengajar saya memandu kereta proton, kak Izzah( gf abg) yg sanggup meminjamkan kereta viva beliau untuk saya merlatih memandu sbbnya utk test jlnraya, saya kena memandu viva, disebakan tak pernah bawak viva, jadi mama telah mengcalling kak izah, dan melatih saya . tengkiu ! and the most welcome to cikgu Ali@ cikgu zul @ bapak @Jet li. Banyak nama sebb banyak hutang lee tuh ! ahaha.. Fuhhhh.. Memang kena pakai kapas tebal2 kat telinga setiap kali dtg kelas die. baru saya tahu lelaki bebel cmne. Ya Allah.. Pontianak, hantu Air, Tak Senonoh , Kelam kabut antara panggilan saya setiap hari. Hahaha ! Tapi sabar jelah, dH memang tahu perangai die cmtu, so, nak lulus kenalah tahan. Tapi dia baik hati. Banyak masa dihabiskan bersama beliau di medan selera ! wiiiiiiiiiiiiiiiii... Sabar jelah.. haha!Thanks also to kak yaya selaku kerani prolifik yg berusaha membantu saya menyelesaikan sen dlm tempoh cuti sem ni.. Thank you jugak pada kekasih hati sya yg mengejutkan saya tiap2 pagi..dan juga mengajar saya memandu melalui telepon sahaja! heeeee.. thanks sayang!!

dan thank you pada semua kawan2 saya esp nazirah, amirul, yg memberikn kata2 semangat buat saya! hiiii.. thank you!

Thursday, 8 November 2012

MNSBR :)

 
 
 
 
            kami kenal, kami tegur, kami rapat tak macam pasangan2 lain. Kami bersyukur, biarlah apa yg org lain nak cakap, iri dengan kami, tapi Alhamdulilah, every moments yg kami lalui bersama setakat nie sangat manis dirasa. Setiap hari rasa sayang kami bertambah2. Haish, niat hati taknak la wat post jiwang2 kan. Tpi tulah, kalau hati tengah berbunga2 nie. tahu je laa.. haha! 
pause #
Sesebuah hubungan perlukan penambahbaikkan dari hari ke hari. Tambahbaikkan nie bukanlah maksudnya kena renovated tambah batu ke, simen ke kan. tapi maksudnya kita perlu keluar dari kotak selesa. Kalau hubungan itu bermatlamat yg baik, mesti lah kita nk pengakhirannya pon yg baik jugak kan. Tapi jgn lupa sentiasa berpegang pada # jodoh, ajal, maut tuhan tentukan, kita insan biasa hanya mampu berusaha membawa hubungan kita nie, ke arah yg baik dan berakhir pada hubungan TILL JANNAH# .
pause #
Sya bersyukur kerana Mr Goku seorang yg bermatlamat, seorang yg sentiasa memikirkan perjalanan masa depannya. Walaupun dia saya kenali seorang yg penyegan (dengan saya , taklah) tapi dia berusaha memberanikan die bercakap ngn mama. (ohsom moment) . Alhamdulilah, dia memang boleh got along ngan mama, tapi perasaan takut dia tu yg hyper sangat. Tahu pulak ngaku ,kalau tahu mama sporting, dari dulu org dah call mama. ( :)) Lebih la pulak kan dia.. Haha ! #sporting sporting pon, ingat, tu mama saya, hormat dan sayang mama kay :)
pause #
Sekarang nie, Mr Goku jauh tinggalkan saya :( dia ke Pahang, cari rezeki untuk anak2 katanya .. Hehe.. Bile lah dapat jumpa awak kan.. :(

pause #
Sya selalu doa pada Allah, kalau ini Jodoh saya, tunjukkan lah Ya Allah, Permudahkanlah hubungan kami, Peliharalah kami dari perkara yg tidak baik, yg boleh menyebabkan Engkau murka , Ya Allah.. kekalkanlah hubungan ini hingga ke syurga. tunjukkanlah kebaikan buat kami..
Amin ya Rabbal Alamin ..............

Monday, 15 October 2012

soalan CEPU apakah ini ?!

 
 
 
 
It had been 2months we are together as a couple. For me, he had gave many diiferences in my routine's life. Haha.. so many jokes, sadness, missing and everithin' wa had faced so far. Thanks mr goku! you had stolen my heart ! i hope you know how to take care of it, concern me well every seconds i beside on you !

...........................................


satu hari, saya ada bagi soalan cepumas,cepugangsa, cepuperak kat dia. Agak terkulat2 gak la dia nk jawab. soalan dia berbunyi:

APA BEZANYA HIDUP AWAK SEBELUM KEHADIRAN SAYA DAN SELEPAS KEHADIRAN SAYA ?

susah ke guys soalan tu ? tak kan ? haha, tapi disebabkan ia ditujukan secara spontan menyebabkan dia terkuzuut nak jawab. Haha.. Tulah balasan pada dia sbb dia selalu bagi soalan cepu-cepu kat saya . Selepas saya penat terkulat2 nak jawab, kali nie giliran dia pulak. huhu.. Berbalik pada soalan yg diutarakan pada dia tadi, ,ternyata jawapan yang dia berikan membuatkan saya yg sedang berada di aras 4 blok kolej ni,mula memandang ke bawah blok. pkir 2 kali je nak terjun ke tak. Sebabnya, if nak kerat badan dia 44 tak boleh sebab jauh. Nasib je tuh ,Goku ! haha..
wondering kan ? nak tahu ape jawapan dia ? Here :

# dulu saya tak pernah kena saman JPJ, sejak awak ada dalam hidup saya nie, saya dah pernah dah kena saman JPJ.

* haha.. motif sangat kan dia bagi alasan nie, sajee wat org geram. haha.. Tanak ngaku kesalahn dia lah tuh.. kan dah , tak memasal kua ringgit nk bayar saman..Degil lagi cakap wifey ! teeettttt !

alasan2 lain yang sangat 'GULA-GULA'

#bila dulu saya bangun pagi, lantak pi lah henfon kat mana dia nk pi, kat bawah katil ke, bawah bantal ke, tapi lepas ada awk, bangun2 dah GELABAH cari fon ! (nice!)
# dulu saya tak de sakit mental, Tapi sejak ada awak, saya dah mula gelak sensorang dalam bilik, cuba awak tengok fon dah berapa lama kita on call ? '29minutes ?', ' dlm 29minutes tuh, masa kita banyak sangat ketawa dari borak kan?, that's why dia kata dia dah sakit mental sejak kawan ngn saya nie..

* nampak kan betapa kejam nya dia !

act, ada lagi alasan dia bagi, tapi saya dah tak ingat sbb memg bayk gelak je bile ngn dia, so tak dpt nk fokus sangat ! Senget la awak Goku ! haha
BTW, saya sangat heppy juga bila dengan awak. Jawapan saya sama je  macam awak kalau awk tye solan yg sama pada saya , sbb kita kan KEMBAR!


salam sayang, rindu, kasih dari,
Gollum

Sunday, 14 October 2012

it's hurts to miss you ..

 
 
 
 
Kebahagiaan adalah satu nikmat yg sangat bernilai yg dikurniakan oleh Allah buat umatnya.. Semua manusia sangat mengimpikan nikmat itu. Tapi tak semua orang yg dapat merasainya sentiasa, ada juga yang sanggup berkorban untuk merasai kebahagiaan. Begitu juga saya, sanggup melakukan apa sahaja agar kebahagiaan keluarga tercinta sentiasa kekal abadi. Wlaupun abah tiada, namun saya yakin kasih kami sentiasa kekal TILL JANNAH ! 
insyaAllah 
.....................................
 
tak lupa juga, buat kebahagiaan bersama si dia, MR GOKU. Semakin hari, semakin berbakul2  <3 kat dia. haha.. Dengan sikap die yg banyak cakap,  suka kongsi ilmu yg dia ada, caring, dan understanding, membuatkan saya sentiasa pikir pasal dia. Tak kisah lah kami tak pernah lagi jumpe buat masa sekarang. Jumpe pon sekali je masa tuh. Teknologi makin canggih kan, so, contacts je lah guna skype. Sentiasa membantu kami ! haha
Jarak juga mengajar kita erti setia, dan sentiasa memelihara diri awak dan saya :)
takpelah.. Janji awak nk come to my house tu , sentiasa dipegang !
asam pedas ikan pari menunggu awak,mr Goku !
                                                                                                             
sayang kasih rindu dari, 
Gollum

Is it come AGAIN?

 
 
 
macam biasa , lepas dah berbulan2 kena tinggal blog nie, barulah tuan dia rajin nak jengah.. Haha! banyak sebab kenapa blog nie tak rajin diusik.. Kalau nak cite satu2 , alamtnya tak studi calculus lah saya nampaknya. Act, post ni dibuat sebagai mukadimah utk bulan Oktober 2012, Oktober datang lagi, dan kali ini mungkin berbeza buat diri saya. Sebab ? Hurm ! Sebabnya tak tahulah cmne nak xplain, September Or Maybe August satu perasaan yg sukar nak diungkap, sukar nk dirasa, sukar nk diterjemahkan dengan kata-kata mungkin hadir dalam diri saya. Tak tahulah cmne. Satu hari dulu, tatkala dilanda kecewa, janji diungkap, disemat elok-elok dalam diri, berjanji takkan benarkan satu sudut kecil dalam hati ni ditelajahi sape2 melainkan bahawa dia betul-betul JODOH saya. Tapi apalah kuasa manusia, Makin kita cuba untuk menepati janji itu, makinlah Allah Yang maha Kuasa datang menguji kita.
 Subhanallah !
...............................
 Dia bukanlah jaminan JODOH saya, dan apa pon yang akan jadi buat kami berdua hanya Allah s.w.t yang berhak menentukan. Terlalu awal untuk menduga perasaan pada dia. Tetapi bukanlah terlalu singkat perkenalan kami, dah lama dah kenai, tapi dua2 tak tahu nak habaq lagu mana  feelings masing2 ! aiy00oo..
Tak tahulah. Tipulah kalau sapa2 yang berCINTA tak pernah rasa sakit, kiciwa, terputus ditengah jalan kann.. Sebenarnya, semua perasaan itulah yg mengajar kita lebih berhati2 dalam menjalinkan satu relationship !. Saya tak tahu nak kata apa. Maybe saya ni mudah jatuh, bahasa simple, mudah cairr pada org yg bernama lelaki.. ENTAHLAH.. Takut jugak ye kalau cmtu, maybe itu sebabya saya sering gagal dalam menjalinkan relay.
..................................
Saya sering mendapat lelaki yang salah adakah disebabkan hubungan saya dengan Allah tidak dijaga, dipelihara dengan sebaiknya ? 
Allahu 'alam..
sebabnya kan, bukan ke LELAKI YANG BAIK HANYALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK ??
sehingga sekarang  saya tak pernah lagi jumpe lelaki yang benar2 menjaga hubungan  dengan PenciptaNya, bagaimana dia nak membimbing saya dan keluarga kelak ? bukanlah meminta yang sempurna, saya juga banyak khilafnya.Cuma ckuplah sekadar boleh menjadi IMAM untuk keluarga saya kelak.
Mudah2an, doa saya  setiap kali sesudah solat dimakbulkan tuhan agar dikurniakan seorang pembimbing yg persis seperti ARWAH ABAH yang berjaya mendidik, menjaga, memelihara kami sekeluarga, soleh dan yang penting sayang mama, dan anak2nya..
INSYAALLAH 
^__^
JAzakallah Khailan pada yang sudi membaca !

Monday, 2 July 2012

dugaan..:)

 
hai..hampir berkulat-kulat blog setelah lama aku tinggalkan..uhmm.. da naik sem 3 nie banyak pulak dugaan yg dtg..daripada dari segi akedemiknye, family, dan any personal problems that comes without i expected..hurmmmm,...>;<..sekali lai mengeluh..
act, nie curi mase sekejap nak wat new post 4 my blog.. haihh,,yelakan.. terlalu bz sgt sem nie smpaikan lau study kawan sebilik ckp 'ko nie cam besook final jerkk' haii.. yela kan..kami nie dapat lecturer sume thrlller2 dy punye powerrr...
fuuhhhh...ayat pon nak gempak kan3??
tapi  yupp,i swear that this sem is quite busy as we got experience's lecturers.so, dye punye sistem pembelajaran pon mestilah tiptop kan??sampai kiterang nie da naik tingtong daa..
bussshhhhh....
alamakkk..tak leh lelama lah... tutor chemist tak siap lagi....buzzzzzzzzzzzzzzzz....
ok , straight jumm..
act, stat nek sem je da kena bebel da.. haihhh..terasa cm diri nie bermasalah lak di pandangan mata dye..
padahal, benda tu cam terlalu kecik nak di perbesarkan.. that's only simple matter,guys.. but.. it seems like every lecture's week i had tortured with ..... wahaha... nak meleleh lak time wat tutor.. terkenang semua mama, adik beradik, abah.....
hmmmm....
then,, 
maslah family..
as madm said that family matters just let your parents solve out..but im not her, my opinion vary from her..
as i still my mum's daugther, i must take part for anything happens in my family..
its depents on how u arranged that prob with ur studylife..
that's me..^__^
tapi depends jugak lah..tak semua yg kite kene ambik tahu..thats im said..its depends on ourself..
whatever anybody said about me,i never concerned about that..only ALLAH and me know what act happened..
mybe they  were not in my place, so they do can't realise what act happens n how hard my family n i through everything  in this complicated life...
hurmmm...
yahh...
saya kuat apa..saya masih ade lagi puan hamidah ahmad.mohd amrille.n semua orang yang sentiasa ade disisi saya ketika saya jatuh dan bangun..
so, yurppp...
kene bangkit!
teruskan perjuangan !
semester 3 cemerlang !!
W.A.L.L.A.H.U.A.L.A.M

Monday, 18 June 2012

 
ohh..wonderful..i had make 2 post before,but all that posts failed to post out.I dont know why..haha..after my fingers spent for half of hour to write out what i'm tingking about,tup2 'your post are not found'.
what is this??
wahaha..it's okay.I'm anot a lazy gurl.For my nice blog,i will rewrite my post.huhu..
babe,do you know that,my lecture only just was started for a week,but i must come back to my home for solving family cases in court.ohh..so sad to leave KP n go home lonely..
it seems like im having mid sem holiday woo.. haha..
i think while i writing this post,my other fwens had a lecture with mdm . so sad...how is this? 
i hope i can survive at home.. study chemistry by myself.Huaghhhh..so scary yu know?k la my fwens.. have a nice day..papai.kabarakallah
 

Monday, 4 June 2012

SAYYIDUL ISTIGHFAR DALAM BAHASA RUMI

SAYYIDUL ISTIGHFAR (Raja Istighfar)

Sayyidul Istighfar
“Allaahumma anta rabbii laa ilaa ha’illaa anta khalaqtanii wa ana abduka wa anaa alaa ahdika, wawa’dika mastatha‘tu a uudzu bika min syarri maa shana’tu abuu ‘ulaka bini’matika alayya wa abuu ‘ubizdanbii faghfirlii fa innahu laa yaghfirudzunuu ba illaa anta.”
Artinya:
Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau yang menjadikan aku. Aku hambaMu dan aku dalam genggamanMu, aku dalam perjanjian beriman dan berta’at kepadaMu sekedar kesanggupan yang ada padaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui atas dosaku, aku mohon keampunanMu, tidaklah ada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanya Engkaulah hai Tuhanku.”
RIWAYAT
Sayyidina Jabir menjelaskan: Rasulullah saw, bersabda: “Pelajarilah dengan baik istighfar utama dan amalkanlah
Makna sayyid adalah orang yang melebihi kaumnya dalam hal kebaikan dan yang berkedudukan tinggi dikalangan mereka. Nabi Shalallahu ‘alahi wa Sallam menamainya sebagai Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar atau raja istighfar), yang demikian itu karena  melebihi seluruh bentuk istighfar dalam hal keutamaan. Dan lebih tinggi dalam hal kedudukan.
KANDUNGAN MAKNA
Ini adalah doa  agung yang mencakup banyak makna (taubat, merendahkan diri kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala dan kembali menghadap kepada-Nya).
At-Tayibi menerangkan: Sayyidul Istighfar mengandung pengertian atas hubungan erat antara seorang hamba dengan Tuhannya dan mengandung pengakuan atas kelalaian dan kelengahan manusia dalam melaksanakan kewajiban terhadap Tuhan. Padahal manusia telah membuat perjanjian ketika ia masih dalam rahim ibu (dalam alam roh) bahwa ia dalam hidupnya akan senantiasa berta’at dan berbakti kepada Tuhan. Mengakui atas nikmat-nikmat Tuhan, nikmat harta benda, nikmat kelengkapan anggota tubuh dan kesempurnaan panca indera, kesehatan badan, pikiran, kebahagiaan dan sebagainya.
Karena itu manusia senantiasa mohon perlindungan kepada Tuhan, agar nikmat-nikmat tersebut terpelihara dari kemusnahan, karena akibat perbuatan dirinya. Disamping itu manusia mengakui berdosa dan merasa sangat terbatas dalam melaksanakan kewajiban-kewajiban terhadap Tuhan. Timbul kesadaran dari hati nurani yang tulus ikhlas disertai dengan pengharapan mohon keampunan Tuhan setiap pagi dan petang.
FADILAH SAYYIDUL ISTIGHFAR
Rasulullah saw menerangkan: “Siapa membaca istighfar utama diwaktu pagi dengan penuh keyakinan sesuai arti dan tujuan kalimat tersebut, kemudian ia meninggal pada hari itu, ialah ahli surga. Dan siapa yang membaca diwaktu sore dengan cara itu, kemudian ia meninggal pada malam hari, iapun ahli surga.
Dari Abdullah bin Abbas, bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa memperbanyak istighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar; dan untuk setiap kesempitannya kelapangan; dan Allah memberi-nya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Hakim).
Bagi seorang spiritualis dan pelaku ilmu hikmah, amalan ini merupakan pondasi spiritual yang sangat penting. Oleh karenanya hafalkan dan amalkanlah Sayyidul istighfar ini.
***

cara mengerjakan solat sunat taubat.--__--

Seperti yang pernah disiarkan oleh blog — justkhai.com dan di Oh! Islam menyiarkan’nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan.kemudian aku pula berkongsi pada kalian2 semua. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini.
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

seminggu skul's holidays di penawar..**__**

 assalamualaikumm..(tak jawab dosa, jawab ngada2..) hahah.. amek lawak dari debat imam muda vs ustazah pilihan.. alhamdulilah .. syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan nikmat iman, islam, dan kesihatan kepada kita sehingga hari ini.. Berdasarkan pda post title di atas, chewahhh.. nmpaknya cuti sekolahh kembali lagi !! gembira sungguh adik2 kite yekk.. akak tak kesah pon dikk.. akak cuti sekolah 2 bulan. ko mampu ?? haha.. ade gak kang dak2 sekolah cari aku pelangkung gune lappie.. okay gak kan.. dapat gak ak mamanfaatkan lappie korang tuh.. lain kali, pelangkunglah gune samsung galaxy tab 7.7 ke kann.. kenyang mak gune nyahh.. *___* . Dengan berbakikan cuti semm yg hanya tinggal dua minggu nie, dpat lah aku memanfaatkan masa2 tertinggal nie ngn adik2 kesayangan ku nie.. yelahh.. time dorang sekolah, aku kat umah.. time2 nie lah nak berjimba - jimba.. Lagi2 dengan kehadiran @fifiey erina ataupun  Farah Amirah fuad (ikut nama i/c ) nie. lagi beronok - ronok la aku kan.. Kehadiran budakk ni pon setelah usaha memujuk mami dengan bersungguhj2 oleh mama.. Haha.. Akhirnyaa mira dtg jugak ke teratak kami.. Worldcome adik !!. Although BP (bandar penawar is not interesting much better than BP(batu pahat) but i saw she can tried her best to finished her homework n coursework also.. Thumbs up adikku !! yelahh.. kat sini nelahh ade panngung wayang, the summit ke, BP mall bagai ke, wet world la ke kan.. kat sni ade ney cume pantai2 jee.. kami hanya mampu merasa keindahan pantai dan keseronokan bermandi manda je la time tuhhh...OPPSSS... Terkantoii sudahh..! haha
 masa bertemu, ada juga masa berpisah nye kan ponn adohaiii..
hari ahad kami dengan berat hati menghantar juga mira ke tempat bertapa beliau.. iaitu di batu pahat.. syukurlahh.,. walaupon tak lama bersama at least kami enjoyed selama seminggu @ sepanjang cuti sekolah  nie.. kan adik-adkku..


so, kek sini dapeklah den kopilkan boborapo koping gambor untuk santapan mato kalian2 semua..

 Selamat bercuci mato !!
ape loghat noh bang oii..?? haha

minum dulu sebelom perjalanan.. haha

adik dan kakak ke?kuihkuih

baru naik kete,dah kene snap!

berjimba2 di hentian layang..

akak kite yang sopan..LAH SANGAT! HAHA

ingat comey la wat muke cmtuh?

superman kite yang kegayatan di atas buaian

tiga ekspresi wajah yang berlainan

kakak dan adik yang comel..^___^

mengenang ibu dan adik yang telah seminggu tidak berjumpa..kuihkuih



adik saya yang berusaha buat muka secomel yg boleh bila bergambar.. thumbs up biela ! ^__*

Thursday, 31 May 2012

perbicaraan harta pusaka.

assalamualaikum
hmm..sedih baca title nie lg sekali. macm tak percaya pulak seawal usia mudaku ini, aku dah mempunyai harta peninggalan arwah abah. Sedih rasa hati bila disuakan surat dari pejabat peguam yg mengarahkan kami sekeluarga menghadiri sebutan bicara utuk pembahagian harta pusaka arwah abah. Risau pun ada. sebab tarikh bicara 20 jun. masa tu aku baru je naik sem seminggu. cmne nak pegi kot? harirabu pulak tuh. hmm.. Harap2 belum stat kuliah hendaknya. Risau sgt2. sbbnye ak ni dah la duduk jauh dari keluarga. nak dtg cmne ? Emotional?? mungkinn.. =,,= . tetibe naik angin tadi.(maafkan ika, mama). Hmm.. tengah pikir cmne cara nak pegi. Perlukah naik bas hari selasa petg? atau terus skip klas isnin tuh? lamanya aku cuti.... cmne nie??? YA ALLAH BERILAH AKU PETUNJUK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI YA  ALLAH..
Hmmmmmm...**;;**

Friday, 25 May 2012

dapat sudah lesen L..

assalamualaikum semua!! chewah.. macam ramai jek yg bace  blog aku nie.. followers baru la 6 kerat yg ad..hahaha.. takpe nak, makcik tak kisah.. tapi pada yg jengah2 secara haram tuh, follow2 la makcik nie ye nak.. haha.. bukan ape, makcik pon teringin nak tahu sapa yg menyeludup masuk blog macik ni secara tersembunyi bukan HARAM ye.. haha.. marah?? taklahh..makcik tak marah.. macik nie baik hatinye.. tuh sebabnye, lau sudi, follow2 la ye.. hehe.. okay berbalik pada title kat atas nuhh, nampak kan? pada yg dah follow cite2 macik sebelum2 nie, ehhhh,chop2!! asal dah gune gelaran macik2 bagai nie?? ok2, tukar2.. pada sape2 yg da follow cite2 aku sebelom2 nie, mesti korang semua dah tahu kan ak dah join sekolah mandu? hah!! now i got the license ! but only L lahhh.. hahaha.. ape org kate? lesen lombu baru!! hahaha.. kan?? pelik kan? dah2.. stop garu kepala tuh.. lama sgt la aku nie nk mendptkan lesen.. ehm, kalau org len dah berjaya dah meround , ntah2 dah smpai ulu tiram, skudai, angsana, ataupon hospital sultanah aminah sekalipon kan?? aku nie baru je meround ngn abg aku kat depan masjid penawar je yg mampu..haha ko ade??. act, ceritanye cenggini, menurut akak kerani yg bertugas(chewah) ,iaitu kak yaya ,pengurusan JPJ mengalami masalah teknikal kat JB nuhh.. oleh sebab itulah aku antara yg menjadi mangsa pengeluaran lesen L ku begitu lama diproses samapi 3 miggu lamanye menunggu disiaPKAN..org lain kalau tak ye seminggu je siap, syaratnye lak tuh, kene ade L dulu baru leh bawak kete dkt litar n luar jalan raya nuhh.. dah kalau dpt pon 3 mggu tgu, mana nak belajarnye kawan2 oii.. naik sentap jugak la. ingatkan nak habiskan dulu lesen moto, tapi akak tuh kata memang tak sempat dik. okay lah.. nak wat cmne kan.. so aku mintak lah lesen L ku utk dibawa pulang. but akak tu berkata 'nak amik L kne ad syarat dik' 'apa syaratnye kak?', 'adik kene bayar dulu rm530 , utk duit yuran belajar lepas nie,' dah aku tak sempat nak belajar wat pe nak bayar dulu kan????? akak tuh kata,' memang prosedurnye dik' macm tahu2 je ap aku ckp dlm hati ye.. manelah aku nak dpt duit time tuh eak.. bawak duit pon cume 5hinggit nakw at beli topup.. hahah..memang tak lah kan ! so, disebabkan itulah, lesen aku ditahan disimpan sementara disana sehinggalah aku dpt menyambung pengajianku pada bulan 12... huagggghhhhhhhhhhh!! niat hati nak jugak tengok muka ak yg terpampang kat lesen tuh, comel tak comel? camno la gayonyo alahaiiii...! hahaha.. hampehh.. pulang dengan tgn kosong jo dehh.. tapelah.. penantian berterusan hingga ke akhir tahun.. haha..
pengajaran nye disni kawan2..
# jangan lah nak melengahkan sesuatu urusan ye, padah yg menantinyo kang !
# lau dah dapat message soh amik lesen cpt tuh, teruih je pegi amik, jangan nak ikut hati ko yg sentap tuh je..(:(.. (aku le tuh!)
# bawak duit banyak2 time pegi sek mandu nie, sebabnyo bilo2 maso jo dorg akn minx wet pd customer2 nyo..

sekiannnnnnnnnnnnnnnn. terima. kasih.
babaimamamia

Tuesday, 8 May 2012

rindu abah..Al-fatihah..

kami post nie bukannya apa,cuma terlalu merindui abah.. Sebelum nie kami selalu terfikir mcmne kehidupan keluarga kami sekiranya abah takde, sebelum nie juga, abahlah individu dalam keluarga kami yg selalu bertegas.Sekarang nie bila abah takde, kami buntu, terdiam sejenak, sampaikan mama kami adakalanya patah semangat. Mana tak nye nak melayan karenah anak2nya yg macm2.Kami sayu hati melihatkan mama, Kami selalu meminta doa daripada yg maha mendengar semoga keluarga kami sentiasa sempurna dan bahagia walaupun tanpa abah di sisi....
ya Allah...............
Kami rindu abah.......
Kenapa abah pergi terlalu awal..
tatkala adik2 kami masih kecil
di kala adik masih lagi memerlukan kasih sayang abah
seawal usia adik 7 tahun abah pergi....
bukan kami menolak takdirmu Ya Allah..
tapi kami seolah tak kuat untuk bersama2 mama dan yg lain untuk menjadi nakhoda kapal
mengemudi bahtera keluarga yg bermacam dugaan
tapi kami masih belajar...
masih belajar untuk Redha dengan takdirmu tuhan..
sungguhpon berat dan pedih untuk ditelan.......
tapi kami redha...
kerna kami tahu
wlau apa pun dugaan dan rintangan selepas ini...
Allah kan ada...
Allah kan ada sentiasa di sisis kami......
Walluhualam...






ANTARA GAMBAR2 KENANGAN SEWAKTU ARWAH MASIH ADA...BUAT KONGSIAN BERSAMA
ASSLAMUALAIKUMM

Friday, 4 May 2012

epy b'day Nur Elya Nabila bt Ismail,,^__^

pada 27 april yg lepas,merupakan hari jadi adik ke4 kami iaitu biela..everybody was excited to celebrate her b'day expecially mama..Punya lah tengok mama semngt ajak kami2 shopping 'jajan2' utk kawan2 sekolah biela.Yelah,taw jelah biela tuh,kalau da tahu b'day dye abis 1 sek nk dibagitahunye,ade last year penah dijemputnye kwan2 dye ke rumah,pandai2 kata ada b'day party kat umah..(pandai2 jelah ko jemah) .So, utk mengelakkan benda yg sma berulang lagi,maka mama mengambil inisiatif utk memberiakn 'jajan2' kepada kawn2 biela nie kat sek..(sweet sgt masa moment nk packing2 jajan2 tersebut..) Mne tak nye everybody menggelabah nk cari plastik bag lah,nak cari stepler lah..haha(ntah pape).Cam beselah..lau dah jumpa sumi2 tuh,1 masuk plastik,2 masuk molot! haha.. Tapi tuh bukan kami, Orang lain (smbil jari menunjuk ke arah abang kami)..
so,inilah b'day cake utk nabila!! dibeli oleh saudara amrille berperisa mocha..
^__^

lihat itu dia b'day gurl marrriii!! (berbaju oren,berseluar yengki)
*____*

riak wajah sgt ceria setelah apa yg diimpikan dapat pada hari jadinya..seperti kek,hadiah bowling dan anak patung siap pakej dgn kereta roda..(sngt seronok jadi budak zaman sekarang)
so,kat sini kami dapat la selit beberapa keping 'poto' utuk santapan mata kalian2 semua..
wish: semoga nabila sentiasa menjadi anak yng solehah,pelajar yg pintar dan maintain ceria2 yer!!
i love u nabila..
thank you Allah!
assalamualaikum..^___^

Monday, 30 April 2012

takde rezeki..:)

assalamualaikum
nampaknya..2 penantian yg aku harap2kan tak seperti yg aku harapkan..
mungkin takde rezeki aku agaknya..
takpelah..im trying to keep smiling 4 everything that happen wheather it's hard or easy to accept :)
thank you Allah..setiap yg berlaku ada hikmahnya..\
Allah tak beri rezeki utuk aku dalam bidang nie,mungkin Allah beri ganjaran utk aku pada bidang yang lain..
insyaallah,aku akan teruskan perjuangn..
Mudah2an..
lepaskan keluhan berat yang terakhir,mulakan langkah dan azam baru dengan senyuman dan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
:D

Wednesday, 25 April 2012

12 azab tinggalkan solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w.  telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
· Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

10 solat yang ditolak ALLAH

  Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

                        Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."  Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

jenazah berubah

Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w.  yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah s.a.w.  memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w. 

                        Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w.  menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w.  menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah s.a.w.  bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

1 doa yang tak diperkenan ALLAH

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

7 jenis pahala

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

                            Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

pemuda beribu bapakan babi

  Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

anjing2 neraka..

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

                        Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

kisah 5 perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                     Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                             Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                         Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

kemas bilik..=)

hari ini, aktiviti kami dirumah adalah mengemas bilik.. haha..
nak dikatakan cantik hasilnya tak lah setanding sentuhan ERIC LEONG tapi bolehlah daripada keadaan selepas ditinggalkan selama 1 tahun lebih smpaikan mama tersayang menjadikan kamar kami sebagai bilik dobi (HAHHAHA). Tak pasal2 bilik kami jadi tempat jemur baju yang tak kering akibat musim hujan yg berpanjangan ni..Tapi kami tak sanggup bilik kami jadi cmtu lama2..Jadi kami wat ketupusan keputusan untuk mengemas bilik kami jadi sepertimana keadaan asal bilik kami
beginilah hasilnya:



dapat tunjuk nie je,yang lain2 bahagian  dalam perlindungan lagi .hehehe..Walaupun takdelah segah bilik2 kalian,tapi cukuplah wat kami lelap mata,solat,dan berhias seadanya di bilik nie. Buat sesiapa yang berminat untuk menyewa bilik kami nie bolehlah menghubungi kami di talian 019-XXXXXX2 ataupun kalau tak dapat dihubungi, sila berkunjung di laman sesawang kami di alamat Www.mimpijelahnaksewabilikaku.com.my kalau tak dapat juga, memang patutlah sebab kami takkan sewakan kat sapa2 walaupun bilik kami nie tak seberapa..;)
SALAM MUHIBBAH!!
assalamualaikumm...
apa khabar kalian di sana? harap2 kalian sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya..
apa yang nak dicoretkan hari nie bukanlah satu isu semasa yang besar ataupon isu politik yang tak henti berperang di negara kita nie.Entah apalah yang hendak dikejarkan oleh golongan2 itu , kami pon  tak tahu yang kami tahu adalah meneruskan hari2 kami di rumah , menghabiskan tempoh bercuti kami yang hanya tinggal sebulan lagi nie saja.Nak tengok buletin tv3 @ berita2 lain pon xde mood disebabkan majoriti intipatinya mengupas isu2 politik di negara kita.Bukan kami tak mahu mendidik diri dengan politik2 negara, tapi semakin kami cuba memahami keadaan politik di negara kita, semakin kami rasa takut. Macamna lah keadaan negara kita kalau  1 hari nanti keadaan ni akan berterusan tanpa sempadan nya. Apakah nasib anak bangsa kita? Adakah begitu mudah diperkotak katikkan seperti keadaan sekarang ini. Bukan kami je yang mampu lihat ,kalian2 pon akan dapat melihat kondisi sekarang ni, kita sesama rakyat malaysia, malah ada yang sesama kaum dan bangsa bertelingkah , megkeji, bermusuhan , merusuh sesama sendiri dengan hanya bermotifkan politik. Bukan mahu memikirkan apa  masa depan negara pada 10, 20, 30 tahun akan datang. Namun,mereka mementingkan kepentingan tampuk politik di negara ni shaja..Sedar2 lah ! Negara kita ini sudah 55 tahun merdeka. Ingatlah dan kenanglah jasa pemimpin dan tokoh2 negara kita bertumpah darah bagi mempertahankan kemerdekaan negara sehingga selama ini..
WALLAHU'ALAM..

Monday, 23 April 2012

takpelah,ALLAH kan ada..

takpelah,
Allah ada.
bila orang merancang untuk kenakan kita.
bila orang merancang untuk menganiaya kita.
dan bila dia memang sengaja melakukanya dengan niat dihatinya.
... yakinlah,
bahawa DIA ada.
bila dia mengkhabarkan rencananya,
jawablah padanya,
“takpe, Allah ada”.

Apabila kite redho pada sesuatu yang megecewakan hati kite,maka percayala Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka :')
yakinlah,
apa yang diberi, itulah yang akan kita dapatkan kembali.
what you give, you get back.
Allah itu maha Adil.
dan doa orang - orang teraniaya,
itu sangat adil.
kalau DIA tak balas disini, DIA akan balas disana.
yakinlah,
manusia boleh buat jahat pada kita.
namun,
yang lebih berkuasa adalah DIA.
ASSALAMUAILAIKUM..hari nie saya menulis lagi,setelah bertungkus lumus selama beberapa hari nie untuk menamatkan lesen L..alhamdulillah,sekarang nie saya sedang menunggu ntuk L siap,barulah boleh amik P n  ujian JPJ..Dlm beberapa hari nie jugak,saya mendgr byk cerita 'sensasi' yg agak mengecewakan hati saya dan keluarga..(TAKPELAH,ALLAH KAN ADA).Demi Allah dan abah yg saya dan keluarga kasihi, kami akan sedaya upaya kuat dan tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup walaupon perit dan sakit untuk kami hadapi(subhanallah,Ya Allah cekalkanlah hati kami).
Ingatlah wahai saudara2 ku sekalian,walau apa pon yg terjadi pada kamu,Istighfar dan berkatalah ' tAK APA,ALLAH KAN ADA'
:)
WALLAHUA'LAM

Friday, 13 April 2012

ZIARAH PUSARA ABAH TERSAYANG

ASSALAMUALAIKUMM..
alhamdulilh..syukur ke hadrat Allah yg masih lagi mengizinkan meminjamkan nikmat iman dan islam kepada diriku hari ini,.HAri sabtu kebiasaannya aktiviti kami sekeluarga yang dahulunya hanya diisi di rumah sahaja,tapi hari nie,serta semenjak ketiaadaan abah yang kami terlalu cinta,kami sekeluarga berkunjung ke pusara abah..Alhamdulilah,bagi mengurang rindu menggunung kami pada arwah yg memang terlalu sukar diungkapkan,alunan surah yassin kami sedekahkan kepada arwah.Pinta kami pada yang Esa hanya 1,agar abah sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah sementara menunggu giliran Hamba2 Allah yang lain kembali kepada-Nya.Alhamdulillah, walaupun ujian ini paling berat buat kami sekeluarga,tapi kami telah belajar erti Keredhaan terhadap Qada' dan Qadar Allah SWT selama hampir 5 bulan abah tinggalkan kami untuk mengadap  Maha Pencipta..Walaupun ramai dari kalangan 'mereka' yang dahulunya sanagt rapat dengan keluarga kami,sehingga ada yang menganggap seperti keluarga sendiri, kakak sendiri, anak sendiri,tapi kini setelah status kami berubah menjadi status" anak yatim" dan " ibu tunggal" , entah mengapa ramai yang menjauh,ramai yang seperti tidak menganggap kehadiran kami.pelbagai persoalan berlegar2 dalam benak kami..'mengapa kami diperlakukan sedemikian?' Adakah kami yang sepatutnya 'menonjolkan diri' kepada mereka?' .Nanti dianggapnya meminta belas dan simpati..Bukan itu yang kami mahukan pada kalian2 semua.Cuma kami mahukan hubungan kita tidaklah putus selepas arwah  pergi.Janganlah perlakukan kami sebegini.Kami sanagt mahukan kehidupan sebelum arwah pergi sentiasa kekal dan mesra sehingga kini.Janganlah pula meletakkan segala kesalahan kepada kami pula,menuduh kami pula yang menjauhkan diri,mengertilah ujian yang Allah berikan pada kami ini pun masih kami belajar untuk menerimanya.Inikan pula untuk menerima hentaman sedemikian..NAUZUBILLAH..Kalian2 sekelian, mengertilah.Kami kalau sebolehnya mahu kita sentiasa ceria seperti dahulu,bukan kami dekat untuk meminta ehsan.Mama pun pernah cakap,'selagi mama bernyawa,berkudrat mencari rezeki untuk sesuap nasi kami,selagi itulah kami akan mampu hidup dengan hasil kami sendiri,bukan takbur untk tidak menerima ihsan orang semata,tapi kami masih lagi mampu mencari rezeki sendiri,Allah juga murka kepada hambaNya yg tidak mahu berusaha.Dan janganlah meletakkan sebarang kesalahan pada kami,Doakan lah kesejahteraan kami sekeluarga di bumi KOta Tinggi ini..Insyaallah,dengan berkat doa kalian, kami mampu menjalani kehidupan sepertimana abah ada..
wallahu'alam..

sekadar berkongsi..^_____^

Jagalah Diri dan Keluarga dari Api Neraka (2)

Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Jagalah Dirimu dan Keluargamu dari Api Neraka
Seorang suami sebagai kepala rumah tangga selain menjaga dirinya sendiri dari api neraka, ia juga bertanggung jawab menjaga istri, anak-anaknya, dan orang-orang yang tinggal di rumahnya. Salah satu cara penjagaan diri dan keluarga dari api neraka adalah bertaubat dari dosa-dosa. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian kepada Allah dengan taubat nashuha. Mudah-mudahan Rabb kalian menghapuskan kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, seraya mereka berdoa, ‘Wahai Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’. (At-Tahrim: 8)
Seorang suami sekaligus ayah ini bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sebenar-benarnya, taubat yang murni, kemudian ia membimbing keluarganya untuk bertaubat. Taubat yang dilakukan disertai dengan meninggalkan dosa, menyesalinya, berketetapan hati untuk tidak mengulanginya, dan mengembalikan hak-hak orang lain yang ada pada kita. Taubat yang seperti itu tentunya menggiring pelakunya untuk beramal shalih. Buah yang dihasilkannya adalah dihapuskannya kesalahan-kesalahan yang diperbuat, dimasukkan ke dalam surga, dan diselamatkan dari kerendahan serta kehinaan yang biasa menimpa para pendosa dan pendurhaka.
Melakukan amal ketaatan ketaatan dan menjauhi maksiat harus diwujudkan dalam rangka menjaga diri dari api neraka. Seorang kepala rumah tangga menerapkan perkara ini dalam keluarganya, kepada istri dan anak-anaknya. Ia punya hak untuk memaksa mereka agar taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak berbuat maksiat, karena ia adalah pemimpin mereka yang akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala kelak dalam urusan mereka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma)
Ia harus memaksa anaknya mengerjakan shalat bila telah sampai usianya, berdasar sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع واضربوهم عليها وهم أبناء عشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
Perintahkan anak-anak kalian untuk mengerjakan shalat ketika mereka telah berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila enggan melakukannya ketika telah berusia sepuluh tahun serta pisahkanlah di antara mereka pada tempat tidurnya.” (HR. Abu Dawud dari hadits Abdullah ibnu ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, dikatakan oleh Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud, “Hadits ini hasan shahih.”)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan shalat dan bersabarlah dalam mengerjakannya.” (Thaha: 132)
Seorang ayah bersama seorang ibu harus bekerja sama untuk menunaikan tanggung jawab bersama anak, baik di dalam maupun di luar rumah. Anak harus terus mendapatkan pengawasan di mana saja mereka berada, dijauhkan dari teman duduk yang jelek dan teman yang rusak. Anak diperintahkan untuk mengerjakan yang ma’ruf dan dilarang dari mengerjakan yang munkar.
Orangtua harus membersihkan rumah mereka dari sarana-sarana yang merusak berupa video, film, musik, gambar bernyawa, buku-buku yang menyimpang, surat kabar, dan majalah yang merusak.
Seluruh perkara yang telah disebutkan di atas dilakukan dalam rangka menjaga diri dan keluarga dari api neraka. Karena bagaimana seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka bila ia meninggalkan shalat padahal shalat adalah tiang agama dan pembeda antara kafir dengan iman?
Bagaimana seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka bila ia selalu melakukan perkara yang diharamkan dan mengentengkan amalan ketaatan? Bagaimana seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka bila ia selalu berjalan di jalan neraka, siang dan malam?
Hendaknya ia tahu bahwa neraka itu dekat dengan seorang hamba, sebagaimana surga pun dekat. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الجنة أدنى إلى أحدكم من شراك نعله ، والنار مثل ذلك
Surga lebih dekat kepada salah seorang dari kalian daripada tali sandalnya dan neraka pun semisal itu.” (HR. Al-Bukhari dari hadits Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)
Maksud hadits di atas, siapa yang meninggal di atas ketaatan maka ia akan dimasukkan ke dalam surga. Sebaliknya, siapa yang meninggal dalam keadaan bermaksiat maka ia akan dimasukkan ke dalam neraka. (Al-Khuthab Al-Minbariyyah, 2/217)
Bagaimana seseorang dapat menjaga keluarganya dari api neraka sementara ia membiarkan mereka bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan meninggalkan kewajiban?
Bagaimana seorang ayah dapat menyelamatkan anak-anaknya dari api neraka bila ia keluar menuju masjid sementara ia membiarkan anak-anaknya masih pulas di atas pembaringan mereka, tanpa membangunkan mereka agar mengerjakan shalat? Atau anak=anak itu dibiarkan asyuk dengan permainan mereka, tidak diingatkan untuk shalat?
Anak-anak yang seyogianya merupakan tanggung jawab kedua orangtua mereka, dibiarkan berkeliaran di mal-mal, main game, membuat kegaduhan dengan suara mereka hingga mengusik tetangga, kebut-kebutan di jalan raya dengan motor ataupun mobil. Sementara sang ayah tiada berupaya meluruskan mereka. Malah ia penuhi segala tuntutan duniawi si anak. Adapun untuk akhirat mereka, ia tak ambil peduli. Sungguh orangtua yang seperti ini gambarannya tidaklah merealisasikan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah At-Tahrim di atas. Wallahu musta’an.
Maka, marilah kita berbenah diri untuk menjaga diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Bersegeralah sebelum datang akhir hidup kita, sebelum datang jemputan dari utusan Rabbul Izzah, sementara kita tak cukup ‘bekal’ untuk bertameng dari api neraka, apatah lagi meninggalkan ‘bekal’ yang memadai untuk keluarga yang ditinggalkan. Allahumma sallim!
Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.
(Sumber: Majalah Asy Syariah No.51/V/1430 H/2009 Rubrik: Sakinah, Lembar untuk Wanita & Keluarga. Katagori: Mengayuh Biduk. Halaman 81 s.d. 82)