ASSALAMUALAIKUMM..
alhamdulilh..syukur ke hadrat Allah yg masih lagi mengizinkan meminjamkan nikmat iman dan islam kepada diriku hari ini,.HAri sabtu kebiasaannya aktiviti kami sekeluarga yang dahulunya hanya diisi di rumah sahaja,tapi hari nie,serta semenjak ketiaadaan abah yang kami terlalu cinta,kami sekeluarga berkunjung ke pusara abah..Alhamdulilah,bagi mengurang rindu menggunung kami pada arwah yg memang terlalu sukar diungkapkan,alunan surah yassin kami sedekahkan kepada arwah.Pinta kami pada yang Esa hanya 1,agar abah sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah sementara menunggu giliran Hamba2 Allah yang lain kembali kepada-Nya.Alhamdulillah, walaupun ujian ini paling berat buat kami sekeluarga,tapi kami telah belajar erti Keredhaan terhadap Qada' dan Qadar Allah SWT selama hampir 5 bulan abah tinggalkan kami untuk mengadap Maha Pencipta..Walaupun ramai dari kalangan 'mereka' yang dahulunya sanagt rapat dengan keluarga kami,sehingga ada yang menganggap seperti keluarga sendiri, kakak sendiri, anak sendiri,tapi kini setelah status kami berubah menjadi status" anak yatim" dan " ibu tunggal" , entah mengapa ramai yang menjauh,ramai yang seperti tidak menganggap kehadiran kami.pelbagai persoalan berlegar2 dalam benak kami..'mengapa kami diperlakukan sedemikian?' Adakah kami yang sepatutnya 'menonjolkan diri' kepada mereka?' .Nanti dianggapnya meminta belas dan simpati..Bukan itu yang kami mahukan pada kalian2 semua.Cuma kami mahukan hubungan kita tidaklah putus selepas arwah pergi.Janganlah perlakukan kami sebegini.Kami sanagt mahukan kehidupan sebelum arwah pergi sentiasa kekal dan mesra sehingga kini.Janganlah pula meletakkan segala kesalahan kepada kami pula,menuduh kami pula yang menjauhkan diri,mengertilah ujian yang Allah berikan pada kami ini pun masih kami belajar untuk menerimanya.Inikan pula untuk menerima hentaman sedemikian..NAUZUBILLAH..Kalian2 sekelian, mengertilah.Kami kalau sebolehnya mahu kita sentiasa ceria seperti dahulu,bukan kami dekat untuk meminta ehsan.Mama pun pernah cakap,'selagi mama bernyawa,berkudrat mencari rezeki untuk sesuap nasi kami,selagi itulah kami akan mampu hidup dengan hasil kami sendiri,bukan takbur untk tidak menerima ihsan orang semata,tapi kami masih lagi mampu mencari rezeki sendiri,Allah juga murka kepada hambaNya yg tidak mahu berusaha.Dan janganlah meletakkan sebarang kesalahan pada kami,Doakan lah kesejahteraan kami sekeluarga di bumi KOta Tinggi ini..Insyaallah,dengan berkat doa kalian, kami mampu menjalani kehidupan sepertimana abah ada..
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment