assalamualaikumm...
apa khabar kalian di sana? harap2 kalian sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya..
apa yang nak dicoretkan hari nie bukanlah satu isu semasa yang besar ataupon isu politik yang tak henti berperang di negara kita nie.Entah apalah yang hendak dikejarkan oleh golongan2 itu , kami pon tak tahu yang kami tahu adalah meneruskan hari2 kami di rumah , menghabiskan tempoh bercuti kami yang hanya tinggal sebulan lagi nie saja.Nak tengok buletin tv3 @ berita2 lain pon xde mood disebabkan majoriti intipatinya mengupas isu2 politik di negara kita.Bukan kami tak mahu mendidik diri dengan politik2 negara, tapi semakin kami cuba memahami keadaan politik di negara kita, semakin kami rasa takut. Macamna lah keadaan negara kita kalau 1 hari nanti keadaan ni akan berterusan tanpa sempadan nya. Apakah nasib anak bangsa kita? Adakah begitu mudah diperkotak katikkan seperti keadaan sekarang ini. Bukan kami je yang mampu lihat ,kalian2 pon akan dapat melihat kondisi sekarang ni, kita sesama rakyat malaysia, malah ada yang sesama kaum dan bangsa bertelingkah , megkeji, bermusuhan , merusuh sesama sendiri dengan hanya bermotifkan politik. Bukan mahu memikirkan apa masa depan negara pada 10, 20, 30 tahun akan datang. Namun,mereka mementingkan kepentingan tampuk politik di negara ni shaja..Sedar2 lah ! Negara kita ini sudah 55 tahun merdeka. Ingatlah dan kenanglah jasa pemimpin dan tokoh2 negara kita bertumpah darah bagi mempertahankan kemerdekaan negara sehingga selama ini..
WALLAHU'ALAM..
No comments:
Post a Comment