Monday, 30 April 2012

takde rezeki..:)

assalamualaikum
nampaknya..2 penantian yg aku harap2kan tak seperti yg aku harapkan..
mungkin takde rezeki aku agaknya..
takpelah..im trying to keep smiling 4 everything that happen wheather it's hard or easy to accept :)
thank you Allah..setiap yg berlaku ada hikmahnya..\
Allah tak beri rezeki utuk aku dalam bidang nie,mungkin Allah beri ganjaran utk aku pada bidang yang lain..
insyaallah,aku akan teruskan perjuangn..
Mudah2an..
lepaskan keluhan berat yang terakhir,mulakan langkah dan azam baru dengan senyuman dan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
:D

Wednesday, 25 April 2012

12 azab tinggalkan solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w.  telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
· Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

10 solat yang ditolak ALLAH

  Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

                        Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."  Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

jenazah berubah

Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w.  yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah s.a.w.  memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w. 

                        Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w.  menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w.  menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah s.a.w.  bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

1 doa yang tak diperkenan ALLAH

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

7 jenis pahala

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

                            Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

pemuda beribu bapakan babi

  Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

anjing2 neraka..

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

                        Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

kisah 5 perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.                                     Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                                             Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                         Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

kemas bilik..=)

hari ini, aktiviti kami dirumah adalah mengemas bilik.. haha..
nak dikatakan cantik hasilnya tak lah setanding sentuhan ERIC LEONG tapi bolehlah daripada keadaan selepas ditinggalkan selama 1 tahun lebih smpaikan mama tersayang menjadikan kamar kami sebagai bilik dobi (HAHHAHA). Tak pasal2 bilik kami jadi tempat jemur baju yang tak kering akibat musim hujan yg berpanjangan ni..Tapi kami tak sanggup bilik kami jadi cmtu lama2..Jadi kami wat ketupusan keputusan untuk mengemas bilik kami jadi sepertimana keadaan asal bilik kami
beginilah hasilnya:



dapat tunjuk nie je,yang lain2 bahagian  dalam perlindungan lagi .hehehe..Walaupun takdelah segah bilik2 kalian,tapi cukuplah wat kami lelap mata,solat,dan berhias seadanya di bilik nie. Buat sesiapa yang berminat untuk menyewa bilik kami nie bolehlah menghubungi kami di talian 019-XXXXXX2 ataupun kalau tak dapat dihubungi, sila berkunjung di laman sesawang kami di alamat Www.mimpijelahnaksewabilikaku.com.my kalau tak dapat juga, memang patutlah sebab kami takkan sewakan kat sapa2 walaupun bilik kami nie tak seberapa..;)
SALAM MUHIBBAH!!
assalamualaikumm...
apa khabar kalian di sana? harap2 kalian sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya..
apa yang nak dicoretkan hari nie bukanlah satu isu semasa yang besar ataupon isu politik yang tak henti berperang di negara kita nie.Entah apalah yang hendak dikejarkan oleh golongan2 itu , kami pon  tak tahu yang kami tahu adalah meneruskan hari2 kami di rumah , menghabiskan tempoh bercuti kami yang hanya tinggal sebulan lagi nie saja.Nak tengok buletin tv3 @ berita2 lain pon xde mood disebabkan majoriti intipatinya mengupas isu2 politik di negara kita.Bukan kami tak mahu mendidik diri dengan politik2 negara, tapi semakin kami cuba memahami keadaan politik di negara kita, semakin kami rasa takut. Macamna lah keadaan negara kita kalau  1 hari nanti keadaan ni akan berterusan tanpa sempadan nya. Apakah nasib anak bangsa kita? Adakah begitu mudah diperkotak katikkan seperti keadaan sekarang ini. Bukan kami je yang mampu lihat ,kalian2 pon akan dapat melihat kondisi sekarang ni, kita sesama rakyat malaysia, malah ada yang sesama kaum dan bangsa bertelingkah , megkeji, bermusuhan , merusuh sesama sendiri dengan hanya bermotifkan politik. Bukan mahu memikirkan apa  masa depan negara pada 10, 20, 30 tahun akan datang. Namun,mereka mementingkan kepentingan tampuk politik di negara ni shaja..Sedar2 lah ! Negara kita ini sudah 55 tahun merdeka. Ingatlah dan kenanglah jasa pemimpin dan tokoh2 negara kita bertumpah darah bagi mempertahankan kemerdekaan negara sehingga selama ini..
WALLAHU'ALAM..

Monday, 23 April 2012

takpelah,ALLAH kan ada..

takpelah,
Allah ada.
bila orang merancang untuk kenakan kita.
bila orang merancang untuk menganiaya kita.
dan bila dia memang sengaja melakukanya dengan niat dihatinya.
... yakinlah,
bahawa DIA ada.
bila dia mengkhabarkan rencananya,
jawablah padanya,
“takpe, Allah ada”.

Apabila kite redho pada sesuatu yang megecewakan hati kite,maka percayala Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka :')
yakinlah,
apa yang diberi, itulah yang akan kita dapatkan kembali.
what you give, you get back.
Allah itu maha Adil.
dan doa orang - orang teraniaya,
itu sangat adil.
kalau DIA tak balas disini, DIA akan balas disana.
yakinlah,
manusia boleh buat jahat pada kita.
namun,
yang lebih berkuasa adalah DIA.
ASSALAMUAILAIKUM..hari nie saya menulis lagi,setelah bertungkus lumus selama beberapa hari nie untuk menamatkan lesen L..alhamdulillah,sekarang nie saya sedang menunggu ntuk L siap,barulah boleh amik P n  ujian JPJ..Dlm beberapa hari nie jugak,saya mendgr byk cerita 'sensasi' yg agak mengecewakan hati saya dan keluarga..(TAKPELAH,ALLAH KAN ADA).Demi Allah dan abah yg saya dan keluarga kasihi, kami akan sedaya upaya kuat dan tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup walaupon perit dan sakit untuk kami hadapi(subhanallah,Ya Allah cekalkanlah hati kami).
Ingatlah wahai saudara2 ku sekalian,walau apa pon yg terjadi pada kamu,Istighfar dan berkatalah ' tAK APA,ALLAH KAN ADA'
:)
WALLAHUA'LAM

Friday, 13 April 2012

ZIARAH PUSARA ABAH TERSAYANG

ASSALAMUALAIKUMM..
alhamdulilh..syukur ke hadrat Allah yg masih lagi mengizinkan meminjamkan nikmat iman dan islam kepada diriku hari ini,.HAri sabtu kebiasaannya aktiviti kami sekeluarga yang dahulunya hanya diisi di rumah sahaja,tapi hari nie,serta semenjak ketiaadaan abah yang kami terlalu cinta,kami sekeluarga berkunjung ke pusara abah..Alhamdulilah,bagi mengurang rindu menggunung kami pada arwah yg memang terlalu sukar diungkapkan,alunan surah yassin kami sedekahkan kepada arwah.Pinta kami pada yang Esa hanya 1,agar abah sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah sementara menunggu giliran Hamba2 Allah yang lain kembali kepada-Nya.Alhamdulillah, walaupun ujian ini paling berat buat kami sekeluarga,tapi kami telah belajar erti Keredhaan terhadap Qada' dan Qadar Allah SWT selama hampir 5 bulan abah tinggalkan kami untuk mengadap  Maha Pencipta..Walaupun ramai dari kalangan 'mereka' yang dahulunya sanagt rapat dengan keluarga kami,sehingga ada yang menganggap seperti keluarga sendiri, kakak sendiri, anak sendiri,tapi kini setelah status kami berubah menjadi status" anak yatim" dan " ibu tunggal" , entah mengapa ramai yang menjauh,ramai yang seperti tidak menganggap kehadiran kami.pelbagai persoalan berlegar2 dalam benak kami..'mengapa kami diperlakukan sedemikian?' Adakah kami yang sepatutnya 'menonjolkan diri' kepada mereka?' .Nanti dianggapnya meminta belas dan simpati..Bukan itu yang kami mahukan pada kalian2 semua.Cuma kami mahukan hubungan kita tidaklah putus selepas arwah  pergi.Janganlah perlakukan kami sebegini.Kami sanagt mahukan kehidupan sebelum arwah pergi sentiasa kekal dan mesra sehingga kini.Janganlah pula meletakkan segala kesalahan kepada kami pula,menuduh kami pula yang menjauhkan diri,mengertilah ujian yang Allah berikan pada kami ini pun masih kami belajar untuk menerimanya.Inikan pula untuk menerima hentaman sedemikian..NAUZUBILLAH..Kalian2 sekelian, mengertilah.Kami kalau sebolehnya mahu kita sentiasa ceria seperti dahulu,bukan kami dekat untuk meminta ehsan.Mama pun pernah cakap,'selagi mama bernyawa,berkudrat mencari rezeki untuk sesuap nasi kami,selagi itulah kami akan mampu hidup dengan hasil kami sendiri,bukan takbur untk tidak menerima ihsan orang semata,tapi kami masih lagi mampu mencari rezeki sendiri,Allah juga murka kepada hambaNya yg tidak mahu berusaha.Dan janganlah meletakkan sebarang kesalahan pada kami,Doakan lah kesejahteraan kami sekeluarga di bumi KOta Tinggi ini..Insyaallah,dengan berkat doa kalian, kami mampu menjalani kehidupan sepertimana abah ada..
wallahu'alam..

sekadar berkongsi..^_____^

Jagalah Diri dan Keluarga dari Api Neraka (2)

Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Jagalah Dirimu dan Keluargamu dari Api Neraka
Seorang suami sebagai kepala rumah tangga selain menjaga dirinya sendiri dari api neraka, ia juga bertanggung jawab menjaga istri, anak-anaknya, dan orang-orang yang tinggal di rumahnya. Salah satu cara penjagaan diri dan keluarga dari api neraka adalah bertaubat dari dosa-dosa. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian kepada Allah dengan taubat nashuha. Mudah-mudahan Rabb kalian menghapuskan kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, seraya mereka berdoa, ‘Wahai Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’. (At-Tahrim: 8)
Seorang suami sekaligus ayah ini bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sebenar-benarnya, taubat yang murni, kemudian ia membimbing keluarganya untuk bertaubat. Taubat yang dilakukan disertai dengan meninggalkan dosa, menyesalinya, berketetapan hati untuk tidak mengulanginya, dan mengembalikan hak-hak orang lain yang ada pada kita. Taubat yang seperti itu tentunya menggiring pelakunya untuk beramal shalih. Buah yang dihasilkannya adalah dihapuskannya kesalahan-kesalahan yang diperbuat, dimasukkan ke dalam surga, dan diselamatkan dari kerendahan serta kehinaan yang biasa menimpa para pendosa dan pendurhaka.
Melakukan amal ketaatan ketaatan dan menjauhi maksiat harus diwujudkan dalam rangka menjaga diri dari api neraka. Seorang kepala rumah tangga menerapkan perkara ini dalam keluarganya, kepada istri dan anak-anaknya. Ia punya hak untuk memaksa mereka agar taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan tidak berbuat maksiat, karena ia adalah pemimpin mereka yang akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala kelak dalam urusan mereka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma)
Ia harus memaksa anaknya mengerjakan shalat bila telah sampai usianya, berdasar sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع واضربوهم عليها وهم أبناء عشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
Perintahkan anak-anak kalian untuk mengerjakan shalat ketika mereka telah berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila enggan melakukannya ketika telah berusia sepuluh tahun serta pisahkanlah di antara mereka pada tempat tidurnya.” (HR. Abu Dawud dari hadits Abdullah ibnu ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, dikatakan oleh Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud, “Hadits ini hasan shahih.”)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan shalat dan bersabarlah dalam mengerjakannya.” (Thaha: 132)
Seorang ayah bersama seorang ibu harus bekerja sama untuk menunaikan tanggung jawab bersama anak, baik di dalam maupun di luar rumah. Anak harus terus mendapatkan pengawasan di mana saja mereka berada, dijauhkan dari teman duduk yang jelek dan teman yang rusak. Anak diperintahkan untuk mengerjakan yang ma’ruf dan dilarang dari mengerjakan yang munkar.
Orangtua harus membersihkan rumah mereka dari sarana-sarana yang merusak berupa video, film, musik, gambar bernyawa, buku-buku yang menyimpang, surat kabar, dan majalah yang merusak.
Seluruh perkara yang telah disebutkan di atas dilakukan dalam rangka menjaga diri dan keluarga dari api neraka. Karena bagaimana seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka bila ia meninggalkan shalat padahal shalat adalah tiang agama dan pembeda antara kafir dengan iman?
Bagaimana seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka bila ia selalu melakukan perkara yang diharamkan dan mengentengkan amalan ketaatan? Bagaimana seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari api neraka bila ia selalu berjalan di jalan neraka, siang dan malam?
Hendaknya ia tahu bahwa neraka itu dekat dengan seorang hamba, sebagaimana surga pun dekat. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الجنة أدنى إلى أحدكم من شراك نعله ، والنار مثل ذلك
Surga lebih dekat kepada salah seorang dari kalian daripada tali sandalnya dan neraka pun semisal itu.” (HR. Al-Bukhari dari hadits Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)
Maksud hadits di atas, siapa yang meninggal di atas ketaatan maka ia akan dimasukkan ke dalam surga. Sebaliknya, siapa yang meninggal dalam keadaan bermaksiat maka ia akan dimasukkan ke dalam neraka. (Al-Khuthab Al-Minbariyyah, 2/217)
Bagaimana seseorang dapat menjaga keluarganya dari api neraka sementara ia membiarkan mereka bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan meninggalkan kewajiban?
Bagaimana seorang ayah dapat menyelamatkan anak-anaknya dari api neraka bila ia keluar menuju masjid sementara ia membiarkan anak-anaknya masih pulas di atas pembaringan mereka, tanpa membangunkan mereka agar mengerjakan shalat? Atau anak=anak itu dibiarkan asyuk dengan permainan mereka, tidak diingatkan untuk shalat?
Anak-anak yang seyogianya merupakan tanggung jawab kedua orangtua mereka, dibiarkan berkeliaran di mal-mal, main game, membuat kegaduhan dengan suara mereka hingga mengusik tetangga, kebut-kebutan di jalan raya dengan motor ataupun mobil. Sementara sang ayah tiada berupaya meluruskan mereka. Malah ia penuhi segala tuntutan duniawi si anak. Adapun untuk akhirat mereka, ia tak ambil peduli. Sungguh orangtua yang seperti ini gambarannya tidaklah merealisasikan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah At-Tahrim di atas. Wallahu musta’an.
Maka, marilah kita berbenah diri untuk menjaga diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Bersegeralah sebelum datang akhir hidup kita, sebelum datang jemputan dari utusan Rabbul Izzah, sementara kita tak cukup ‘bekal’ untuk bertameng dari api neraka, apatah lagi meninggalkan ‘bekal’ yang memadai untuk keluarga yang ditinggalkan. Allahumma sallim!
Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.
(Sumber: Majalah Asy Syariah No.51/V/1430 H/2009 Rubrik: Sakinah, Lembar untuk Wanita & Keluarga. Katagori: Mengayuh Biduk. Halaman 81 s.d. 82)

ASSALAMUALAIKUM MALAYSIA..

hai..hai .. hai...salam muhibbah , slama 1 malaysia.. haha..jelas tak betapa rajinnya aku?asyik nak publish new post..Alhamdulilah , hari nie mcm biasa.. bangun, amik adik sekolah.. hurm, hari  ie jugak haikal balik.TAk tahu lah kali nie berapa lama lagi dye kat umah.. sebagai kakak dye, perasaan takut rasanya lgi tebal darpda dri dye sendri..mana tak nye, PMR da semakin dekat.Tapi, aku tak nampak lgsung riak risau kat muka dya..Allah,, mama pon da banyak kali bagi nasihat.Kalau time aku dulu, masa2 nie lagi aku balun semua sbb time form2 n form1 banyak main.. tuh pon hasilnya cuma 7A..(syukur alhamdulillah)tapi yelah, kita pon digalakkan agar menjadi lebih baik pada msa2 akan dtg..tuhlah sbbnya aku nk sgt adik aku cemerlang..Lagi cemerlang drpd aku..Harap2 pemergian arwah abah tak pernah mematahkan smgt dye utk terus menimba ilmu.Arwah abah pon ada pesan,jangan sesekali keluar drpd sekolah berasrama penuh tuh,lagi pon tu memang impian abah utuk melihat anak2nya masuk sekolah tuh, lagi2 yg dpt anak lelakinya..Abah gembira sangat..Sebabtulah, aku berharap sgt agar adik aku sentiasa ingat amanat abah,majukan diri sendiri.. bukan setakat maju utuk sukan, tapi jugak akedemik.. Insyaalhh, kamu akan jadi insan cemerlang..Macam itu jugak lah aku sering ingatkan pada diri aku sendiri.. Aku nekad untuk berubah,untuk jdi lebih baik daripada semester2 yg lepas.Aku terlalu banyak berkhayal,aku rasa aku terlalu banyak berubah , Terlalu banyak tergoda dengan keseronokan bersama rakan2.LAgi2 berjauhan dengan mama, abah(dahulu) .Astaghfirullah hal azim..(ampunkan dosa hambamu yg lemah ini , ya tuhan....)Moga Allah selau membimbing aku..Insyaallah..Walaupon, course yang aku ambik nie quite hard 4 me, Dengan usaha serta berkat doa mama, insyallah aku akan lakukan yg terbaik...
begitu juga dengan kalian semua.. Harap sentiasa cemerlang dan berusaha untuk memajukan diri sendiri dalam apa juga bidang sertasektor yang kamu ceburi..Insyallah...Moga allah beri keberkatan..

Thursday, 12 April 2012

ujian KPP

assalamualaikum padA semua yang sudi jengah2 tapak coretan saya ini.. harap2 anda semua sentiasa berada dlam lingkungan rahmat Allah hendaknya.. Apabila melihat title post aku kat atas nuh, pasti ada yg da agak , aku tgah mengambil kursus memandu.. yurp! Alhamdulilah .. syukur pada Allah yg telah memberi rezzeki serta rahmat kepada setiap makhluk-Nya.. Akhirnya selepas terima desakan yg bertubi2 serta ajaran daripada abang , akhirnya kukuatkan juga hati ini untuk melangkahkan kaki ke bangunan yang tertera huruf "P" itu.. Dup Dap Dup Dap.. tengok orang punya lah ramai yg tengah tgu giliran dipanggil utk ujian teori.. Dlam hati aku terdetik,'tak lama nanti, aku pon akan melalui benda yg sama'. Mama awal2 da pesan nati kalau da stat kursus, pergi jgn lupa sarapan dulu.. naty tgu punya lama,perot kosong kang..huhu.. baiklah mama..
Setelah semua selesai diuruskan, duit pendaftaran pon da dibayar, akak kerani pon da tetapkan hari ahad nanti akan bermulalah ujian KPP aku.Fuhh! GEmentarnya,,, Allah sahaja lah yg tahu.TApi aku kuatkan jugak hati ini,aku yakin takde perkara yang mudah untuk digapai kalau takde sebarang usaha dan pengorbanan.Insyallah ,impian aku adalah untuk me'round' bersama mama dan adik beradik saya.. Haikal pon da banyak kali cakap' akak bile nak amik lesen nie?' haha.. sabar adkku.. akak akan berusaha.. Hanya 1 harapan saya, moga Allah permudahkan jalan utk aku sepanjang mengambil lesen memandu ini.. Insyallah..mudah2an juga segalanya berjalan lancar sehinggalah dapat lesen L & P.. n tamo repeat2.. hopefully,everything's under controlled.

camni la nanti agaknya aku kang.. haaha.. hampir2 sama lah..kot??


yahoo..yippie!! dapat da lesen L!! haha

ohh ya.. jangan lupa!! mutiara kata kali ini..
MENJADI SABAR DAN IKHLAS MEMANG TAK MUDAH,TETAPI ITU HARUS.BELAJARLAR UNTUK MENERIMA ARTI PENGORBANAN DAN PENANTIAN

fuhh,,ponat mato den.. haha

salam semua!! salam 1 malaysia.. harap2 semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dlm lindungan allah S.W.T hendaknya.. Alhamdulilah, blog yg dah lama aku tinggalkan ini akhirnya telah di touch-up balik dgn penuh bergaya.. haha.. walapon hanya sedikit perubahan yg dilakukan.. ini mampu membuatkan ak lebih bersemangat mempublish post2 setiap hari.Disebabkan dulunya punya lah malas nk buat posz smpai satu ketika boleh terlupa paswud.. dalah kena wat paswud baru yg ntah pape.. haishh... tak pa lah.. janji dapat lagi mencoret pape kat blog nie lagi sudahlaa... okay, berbalik pada topik asal kita tadi.. da banyak tab2 baru yg aku  buka search banyak tips cmne nk me'make-up'kan blogku ini.. akhirnya berkenan pada 1 website ini.. haha.. walaupon aku nie tak de la secelik ilmu IT nye macam hamba2 Allah yang lain diluar sana, tapi aku nak jgak blog aku ini indah dengan rama2 dan salji yg turun.. whaha.. punyalah khusyuk mengupdate blog dll, sampaikan bonda panggil untuk menyidai kain baju pon boleh tak dengar.. agak2 kena bebel kejap menjadi halwa telinga, pastu sambung balik agenda utama aku hari ini.. hahaa..(ampunkan ika , mama, harini bzy skit.. banyak appoinment ngn si lovey dovey wawa ni.. haha) yela kan.. memandangkan mulai next week, every single of my day akan diisi bersama pakcik2 @ cikgu2 sekolah memandu.. so, tahts why ler tangan ni menggatal cari lappie untk meng'upgrade' ap jadah  yg perlu kat blog ni bagi mengelakkan peristiwa 'lupa paswud ' berulang kembali.. haha.. kang, apapulak aku lotak sebagai ganti paswud aku..Alhamdulliah.. cukupla setakat ni rupa bog aku.. next station lau ad masa nty, akn di upgrade lagi.. haha..
k uolls.. have fun..
nak karok kejap..
ppye..
ohh ya.. renungan kata mutiara hari ini..
JIKA KAMU TIDAK MAMPU MEWUJUDKAN MIMPI KAMU SENDIRI,MAKA KAMU AKAN MENGHABISKAN SISA HIDUPMU DENGAM MELIHAT ORANG LAIN MEREALISASIKAN MIMPINYA

Wednesday, 4 April 2012

its over between us.....

3/4/2012
tarikh keramat nie merupakan pengakhiran hubungan kite.. saya minta maaf tak dapat teruskan perjuangn kita selama 2 tahun ini.. bukan tujuan mengecewakan awak.. saya tak de niat langsung pon.. tapi setelah difikirkan sedalam2nye, awak.. saya terpaksa lepaskan awak pergi... daripada saya teruskan niat saya untuk putuskan segala bentuk perhubungan kita seperti sms, calling, dan fb.. lebih baik jika saya berterus terang pada awak.. mungkin... awak kata awk da menjangka hal seperti ini akan berlaku.. ye! saya mengaku .. saya banyak kali melukakn hati awak.. meminta agar hubungan kita ini diputuskan.. tapi.. saya punya sebab untuk permintaan itu.. harap awak mengerti.. biarlaa..owg sekeliling awak mencemuh da menuduh saya yg bukan2.. tapi tak pe.. saya redha... Allah lebih mengerti niat dan cita2 saya  untk semua ini... saya punya harapan dan masa depan yg lebih besar yg harus saya kejarkan.. bila menatap wajah mama , abang dan adik2, lagi menguatkan niat saya untk meneruskan perancangn utk putus dgn awak.. megertilah.. saya tidak ada sekelumit niat pun utk mempermain2kan perasaan lelaki awk.. kerana apa yg awak rasakan di saat 5 hari kita tak bertegur sapa dan disaat saya meluahkan hasrat utk memutuskan hubungn kita,, begitulah juga hati perempuan saya rasa.. SAKIT, KECEWA DAN RINDU SEGALANYA.... tapi, saya yakin... ALLAH sentiasa bersama saya.. Allah sentiasa menyediakan jalan yg terbaik buat kitaa.. Mungkin  disebalik dugaan ini, terselit hikmah agar kita sama2 berubah menjadi insan yg lebih baik di dunia dan akhirat.. setelah kita alpa terhadap tggungjawap sebagai hamba-Nya semasa melayari alam percintaan yg mengkhayalkan.. INSYAALLAH~~~.. kita sama2 lakukn yg terbaikk..
semoga awk cepat sembuh...dapat menempuh hidup seperti sediakala.. serta berjaya dlm perniagaan awak..(itu doa dan harapan saya)
#DISAAT AWAK MEMBACA CORETAN SAYA INI, SAYA BERHARAP TIADA PERASAAN BENCI WALAU SEDIKIT PON DALAM HATI AWAK TERHADAP SAYA..SAYA HARAP , BIARLAH SEMUA KENANGN KITA SELAMA 2TAHUN BERSAMA PERGI BERSAMA TIUPAN ANGIN YG SENTIASA BERSAMA AWAK...............
~ASSALAMUALAIKUM~